Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang?

Salam
Kemain panjang tajuk post. Nak bagi tajuk gempak tapi takpe lah. Lain kalilah. Haha Sebenarnya baru lepas tengok cerita Cinta Jangan Pergi. Ada orang call dia cakap, 'call lain tahun lah' .Aku dah gelak instead dia guna 'call lain kali' hahaha. Uolss dah boleh try tengok. Tengok tajuk lagi sekali. Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang? Ulang lagi! Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang?
      So this time, aku nak cakap based on experience okay sebab benda ni mmg terjadi kat aku. At first memang aku tak leh terima apa yang terjadi sebelum ni tapi lama kelamaan aku dah boleh terima. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Redha dan tawakal dengan apa yang terjadi. Tanggal 5.9.2011 aku dapat satu call dari adik arwah cakap arwah accident. That time mmg aku lemah gila. Bergegar lutut nak jatuh tapi aku kuat. Kawan kawan banyak tolong bagi semangat. Nak dipendekkan cerita dekat 4 hari arwah koma, 9.9.2011 arwah menghembuskan nafas yang terakhir selepas dibantu oleh mesin hayat. Dalam hati aku cakap, tak apa. Ini semua ujian Allah. Redha. Cukuplah sebulan aku bersama dia. Sebulan. Masa tu babak babak cinta mula disemai namun diuji dengan ujian Allah. Allah nak uji sekuat mana, setabah mana hambanya menghadapinya. 

Tu mukadimah post. saja nak bagi air mata aku bergelinangan. Uolss yang tak rasa mcm aku, mungkin cakap alaaaaa biasalah tu. but pada aku NO! So. this is true. 

1. Nangis sepuas mana yang anda mahu. 

Keluarkan semua airmata kau, keluarkan sehingga air mata berdarah sekalipun walaupun kau tahu airmata darah tu memang tak ada. so perkara ni aku buat. Memang tak semua tekanan ni akan kurang but at least 8% akan hilang. Percayalah. So this is therapy yang aku baca dekat buku motivasi. I forgot tajuk buku tu. Bila air mata tu habis semua keluar, jadinya dah tak boleh menangis. Menangis yang hanya semata mata akan memberi kesan kat otak kau dan seterusnya akan menambahkan tekanan. Nangislah puas puas!

2. Beli diary baru

Yahhhh! beli diary baru. I means whatever buku nota ape punn. dekat buku nota tu express all feeling. Tulis sebanyak mana yang korang mampu. Beli 10 batang pen barangkali. Jangan gelak! Jangan cakap idea ni mengarut. Seriously, idea ni memang berkesan. Terapi yang akan memberi kesan.

3. Minum air suam panas

Dah puas layan perasaan, jangan lupa jaga kesihatan juga. Minum air suam panas panas sikit. Try jangan tak try

4.Try to forget what happens

Lupakan semua kenangan. Semua. Buat buat macam tak ada apa yang berlaku. Buang semua kenangan! Buang dan lupakan. Agak agak kalau adda tiket wayang, sampul coklat yang dia bagi tu buang semua. Kalau boleh bakar dan abunnya buang kat parit berdekatan (gelak?) Lupakan! (entah yang berapa kali aku ulang, mohon korang lupakan)

**Okay dah tu je cara caranya. Mesti korang rasa mcm membazir 15minit kan baca benda ni. Tapi please percaya kat aku. Buat empat perkara tu dengan bersungguh sungguh. Insyaallah kurang sikit. Last but not least, Ingat Allah. Solat jangan tinggal. Walau ape pun terjadi ingat dekat Pencipta kita.

Bila jiwa dah tenang, apa yang kita buat semua jadi mudah dan diredhai. Insyaallah
kredit gambar: islamictesti

Hati dan Perasaan

Hati?
begitu mudah hati seorang perempuan untuk dihancurkan, namun tidak mudah hati seorang perempuan untuk pulih kembali. Lelaki begitu mudah utuk menghancurkannya dengan berlaku curang. Apakah tidak cukup dalam hidup mereka dengan seorang peneman hidup. ikut sunnah rasuluallah lelaki mempunya 4 kuota dalam hidupnya. Tetapi 4 kuota itu tidak digunakan sebaik mungkin. Semua kuota itu digunakan hanyalah untuk nafsu semata-mata. Begitu dayusnya lelaki yang sebegitu.
Aku sangat benci. Benci dengan sikap lelaki zaman sekarang.

Bagai habis manis, sepah dibuang. Bila tak digunakan lagi, senang senang saja buang seperti sampah. Apakah kau ingat kami(perempuan) tak sakit hati? 00 ikutkan hati aku, mahu saja aku cocok cocok, korek korek mata lelaki itu. Sakit hati bukan kepalang. Geram bukan main lagi. Itu baru cakap pasal hati, belum cakap pasal perasaan kami(perempuan) lagi. Tiada siapa yang suka kepada perasaan sakit hati. Pastinya perasaan sakit hati akan berlangsung lama jika lelaki yang menyakitkannya. Berbagai alasan yang lelaki beri yang membuatkan perempuan berasa lagi sakit hati.

Perasaan pula? Indah khabar dari rupa, dalaman seorang lelaki tiada siapa tahu. Dalaman yang penuh muslihat, macam macam yang ingin dicuba seorang lelaki. Namun, perempuan harus berjaga jaga. Jangan mudah jatuh hati pandan pertama kepada seorang lelaki. Lelaki penuh dengan muslihat. Ingat!

Lelaki, seorang perempuan begitu unik dan special. Sebab itu, perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Supaya lelaki dapat membimbing perempuan kelak.

So, lelaki janganlah sesuka hati tahi kucing kau nak sakitkan hati dan perasaan wanita. Apakah tidak berperikemanusiaan?

Hati perempuan seperti tisu. Perasaan perempuan lemah. Jadi mudah sekali perempuan untuk mengalirkan air matanya. Jangan memperlekehkan perempuan kerana, tanpa perempuan siapalah kamu dimuka bumi ini. Kamu bukan sesiapa wahai lelaki. Hargailah perempuan sebagaimana kamu menghargai kedua ibubapa kamu. Selamat Hari Wanita Sedunia (8mac)

Luahan Hati [part 2]



SAMBUNGAN DARI PART 1

........... Balik je rumah aku terus lari naik tangga. Nak cari abang dia. Sebab apa? Sebab nak minta no telefon lelaki tadi. Abang tu baca satu satu, aku ingat. *Zzeeeeeeeeeezzzzzzzz*

Bunyi apa tu dalam hati aku cakap. Tengok luar kat rumah ad Proton preve masuk. Tak semena mena keluar la cikgu Salwa(cikgu praktikal) aku. zassss Dia terus marah cakap macam ni kat aku, ''kau pehal tinggal dia malam malam. Dah malam ni, berani je tinggal dia'' Dalam hati aku, eh dia ni pahal lelaki kot! Ggr! Geram! Aku terus kejar lelaki tadi terus naik tangga. Satu persatu bilik aku cek, tapi malang. Dia lesap macam tu je. Yang ada dalam rumah tu, family family terdekat aku je. Allah!


zuppppppp! Aku terus terbangun! Tengok jam yang pukul 10 lebih. Bangun je dari mimpi tersebut, aku terus cuba mengingati nombor telefon lelaki mimpi tadi. 01776 blergh. Tu je aku ingat. Perasaan menyesal dalam diri aku datang membuak, aku dapat rasakan yang mimpi tu betul. Realiti dalam hidup aku. Haizzzz


Sekarang, aku sedang merindui ya amat dekat lelaki tu. Nama pun tak sempat tanya.



Kini, aku sendirian. Memikirkan lelaki mimpi tadi. InsyaAllah aku akan buat episod pasal lelaki mimpi tadi. Kalau ada bakat, akan ku tulis satu novel bertajuk 'Lelaki Mimpi' Tak salah nak berangan. Lagu Asmida, Mimpi sampai ke langit akan membuktikan aku bahawa betapa perasannya aku sampai nak buat novel bagai. Tapi yang betul, aku sangat merindui si lelaki mimpi itu. 



Dah habis dah luahan hati aku ni. Gila pendek part 2. Baik terus sambung part 1 je kann. Ah nak jugak buat by part! Ggr






Aku yakin korang semua dah tak ada kerja dan sangat boring dikala petang yang panas ni kan. Why not korang add, follow aku kat facebook, twitter dan instagram kan. Ada jugak paedah ye, ye dakkk? Hahaha gaya macam gila desperate je kan. Ah peduli apa aku. 


Aku tetap juga nak suruh korang add/follow aku. Yang dah friend dengan aku tu toksah nak ngada ngada unfriend pastu sed request lagi ea. Pukul bontot kang. Yang kat twitter pulak jangan ngengada nak unfollow pastu kau tak follow balik. Ni cari nahas namanya. Muahahahha.



**Just click on he picture okay, you will be direct go to my page.
Sekian dari si desperate!
(Jangan nak menilai aku macam tu oi) muahahaha

Luahan Hati [part 1]

Assalamualaikum

Kali ni aku nak lagi serius. Aku taknak cerita pasal holiday lagi. Sebab apa? Sebab budak bawah umur mungkin jealous sebab aku asyik ber-holiday je. Oh sudah la


Ya kali ni. Dah namanya luahan hati, ya confirm ya pasal cintan cintun. Memang dulu mak mak bapak bapak tak bagi anak mereka bercinta dengan monyet (cinta monyet) kat sekolah. Well, now aku lepasan sekolah. Jadinya aku dah ada 'pas' untuk bercinta. Tak gitu kawan kawan?







Babak babak mimpi;


Ya malam itu aku tidur agak lewat sekali. Tak lewat sangat. 3.00am gitu, Ada perasaan gusar berbaur risau dalam hati. Akhirnya, aku terlelap tanpa disedari. Aku mimpi. Mimpi seorang jejaka yang tidak dikenali. Handsome. Aku sedari dia mengikuti aku dari parking sehingga masuk ke dalam shopping mall. Aku laju, dia laju. Dia bersama seorang lelaki yang tidak ku kenali juga. Laju dan terus laju


     Sampai di satu peringkat, aku konon konon tanya dengan seorang pakcik tua ini;


aku: Pakcik, tau tak arah nak ke Jusco Tebrau. Tebrau?

Pakcik: Aduh nak, pakcik pun tak tahu la. Tapi yang pakcik tau, nak ikut je lalu jalan larkin lepas tu ikut je signboard ke 'Jalan tebrau'

*Aku berlalu pergi dengan ucapan terima kasih*


Entah bagaimana di satu ketika aku sampai ke satu rumah. Banglo 10 bilik mungkin. Ramai orang. Ada kenduri rasanya. Aku terlihat ayah mak, maklang, dan mak uda aku. 



Senang cakap, semua family aku ada disitu. Tiba tiba *terkejut* aku bertemu dengan dua orang lelaki yang tidak dikenali tadi. Ya! Tepat sekali. Mereka berdua rupanya adik beradik. Yang aku ingin cakapkan kuatkuat disini, ini cerita pasal adiknya yang handsome itu.


Aku tergopoh gapah, kelam kabut mencari bilik. Abang itu kata aku ke bilik 3. Namun......... *bapppppp* Pintu tak boleh dibuka. Alangkah terkejutnya ada nenek yang tidur dibilik itu. Abang tadi kena marah sebab masuk merempuh bilik nenek itu. Nenek itu berkata, ''kau ni kenapa? Dengan nek pun ada nafsu ke?" Terus aku berdekah ketawa. Abang tadi pun ketawa.


Jadi aku ambil langkah seterusnya dengan, tidur sahaja diruang tamu tingkat dua. Aku terlihat seorang lelaki yang handsome tadi dok kelip mata kat aku. Yaaaa! (perasaan cinta dah mula)


Kira kira 1 jam kemudian, lelaki yang handsome tadi mengajak aku ke suatu tempat. Disebabkan dia tak reti bawa kereta, aku la yang drive nampaknya.


Yang aku ingat kejadian ini berlaku dekat rumah atuk aku di Gelang Patah.


Aku meneruskan perjalanan dan aku mula bertanya kepada lelaki itu, seperti pasangan yang sedang bercinta. Aku mula sweet sweet dengan dia. Manja gtewwwww


Aku: Awak, nak bawa saya pergi mana niii? :(

Dia: Ala awak drive je. Ikut cakap saya ye sayang. *menunjuk arah ke kanan* (masuk highway)
Aku: Yelaaaaaaaaa
Dia: Awak, tau tak yang selama ni saya rindu awak?
(dalam hati aku berbisik, aku kenal ke dia ni)

Aku: awakkkkkkk *menangis*

(Dah sampai ke tempat yg dituju)


Aku: laaa kenapa awak bawa saya ke pertandingan berlari ni? marathon dgn askar pula tu

Dia: Alaaaaa takpelaa sayang. Saya teringin pula. Jom sayang lari sama sama. Takmo pisah ye.
Aku: Okay bossssss

Aku berlari, berlari berlari, sampai suatu ketika aku hilang dari pandangan si dia. Aku terus ke hadapan. Yang aku pelik, kenapa dia tak kejar aku. Pasukan marathon (askar) dan peserta berheti sebab lampu isyarat merah. Okay dah mula. Yang aku pelik lagi kenapa semua lelaki dan aku seorang. Lampu isyarat dah hijau. Semua peserta berlari. Aku masih berdiri menunggu dia. Tapi nasib aku malang, aku tak berapa cam muka dia yang mana satu. 


Jadi, aku ambil langkah untuk pulang ke rumah terus. Drive seorang diri.


................bersambung........................


**nak tau apa yang bakal terjadi selepas ni. pertemuan sekejap bertukar realiti!

**Ni kisah benar yang aku alami. Merindui <3