begitu mudah hati seorang perempuan untuk dihancurkan, namun tidak mudah hati seorang perempuan untuk pulih kembali. Lelaki begitu mudah utuk menghancurkannya dengan berlaku curang. Apakah tidak cukup dalam hidup mereka dengan seorang peneman hidup. ikut sunnah rasuluallah lelaki mempunya 4 kuota dalam hidupnya. Tetapi 4 kuota itu tidak digunakan sebaik mungkin. Semua kuota itu digunakan hanyalah untuk nafsu semata-mata. Begitu dayusnya lelaki yang sebegitu.
Aku sangat benci. Benci dengan sikap lelaki zaman sekarang.
Bagai habis manis, sepah dibuang. Bila tak digunakan lagi, senang senang saja buang seperti sampah. Apakah kau ingat kami(perempuan) tak sakit hati? 00 ikutkan hati aku, mahu saja aku cocok cocok, korek korek mata lelaki itu. Sakit hati bukan kepalang. Geram bukan main lagi. Itu baru cakap pasal hati, belum cakap pasal perasaan kami(perempuan) lagi. Tiada siapa yang suka kepada perasaan sakit hati. Pastinya perasaan sakit hati akan berlangsung lama jika lelaki yang menyakitkannya. Berbagai alasan yang lelaki beri yang membuatkan perempuan berasa lagi sakit hati.
Perasaan pula? Indah khabar dari rupa, dalaman seorang lelaki tiada siapa tahu. Dalaman yang penuh muslihat, macam macam yang ingin dicuba seorang lelaki. Namun, perempuan harus berjaga jaga. Jangan mudah jatuh hati pandan pertama kepada seorang lelaki. Lelaki penuh dengan muslihat. Ingat!
Lelaki, seorang perempuan begitu unik dan special. Sebab itu, perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Supaya lelaki dapat membimbing perempuan kelak.
Hati perempuan seperti tisu. Perasaan perempuan lemah. Jadi mudah sekali perempuan untuk mengalirkan air matanya. Jangan memperlekehkan perempuan kerana, tanpa perempuan siapalah kamu dimuka bumi ini. Kamu bukan sesiapa wahai lelaki. Hargailah perempuan sebagaimana kamu menghargai kedua ibubapa kamu. Selamat Hari Wanita Sedunia (8mac)
kite kne kuat :)))
ReplyDeleteKalau jenis yg tak bole kuat mcm saya ni, nak buat gane? :(
Deletesbb tu la perempuan perlukan seorang lelaki untuk menjaga dan melindungi....
ReplyDelete***
http://abgdude.com
Betul. Tp perempuan pun kena jejaga dengan lelaki. Ad sesetengah lelaki yg jemis tak boleh percaya. Bukan semua lelaki :(
DeleteOleh itu beringatlah dan hanya lepaskan 70% kasih sayang mu kepada lelaki. 30% simpan untuk diri sendiri dan convertkan balik jadi 100% kepada TUHAN.
ReplyDeleteLina,betul tu. Takboleh bagi kepercayaan 100% dekat lelaki.. berdoa kepada tuhan agar semua baik baik :))
DeleteBetul tu...mamahanny dah merasa dan tahu macam mana terlukanya perasaan di perlakukan sesuka hati. So cari lah pasangan yg betul2 pandai menjaga dan membimbing kita...
ReplyDeleteBetul. Dan jgn cepat kenal lelaki. Baru sebulan 2 kenal, terus percaya itu ini..
DeleteBila dh tersakiti, sakit sgt hati. Btw, mummy hanny bersabar yeeee