Showing posts with label Mukadimah. Show all posts
Showing posts with label Mukadimah. Show all posts

Jangan Meremehkan Hal Yang Senang

Salam,

Sebagai seorang muslim, tak salah kalau kita saling mengingati antara satu sama lain dengan tujuan mengingatkan seseorang. Jangan terlalu katak dalam tempurung sangat lah ye sampai sesuatu perkara pun terlupa. Ok stop.
Just introduction to my post. Ololololo. Ni haaa nak ingatkan kaum hawa terutamanya, dan kaum lelaki. Kalau ada tahun lepas yang ponteng puasa dan memang tak leh puasa(khas utk perempuan sebab period), marilah kita ganti puasa. Puasa sunatt katenyaaaa. Ikut kalendar, lebih kurang 40 hari saja lagi nak bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kesyukuran.

Jangan lupa ya ganti puasa. Jangan menunda lagi kesempatan untuk berbuat baik. Maut tidak pernah menunda untuk menjemput. Selalu persiapkan diri setiap masa bahkan setiap detik yang ada, dalam penantian panggilan Allah yang pasti tiba.

JUST A NOTE TO MY MUSLIM's READERS. 
Semoga Allah Ta’ala mengampuni kelemahan kita dan menerima amalan soleh yang kita lakukan.

Jom Ping Entry Blog

My readers!! Ada blog tapi tak tahu macam mana nak promote? Eh heloo tak salah kalau nak promote blog kann kannn? Nak bagi tambah readers is the most things. Hehehe. Meh sini aku nak share sikit. Bak kato orag putih, sharing is caring. Ni aku dah share sikit, so aku ni tergolong dalam golangan yang caring tak ek? Rasanya lah. Lets seeeeeeeee...;



Setakat 04.04.2013 ni jelah group/website yang aku ta yang uolss boleh ping kan entry korang. Ada yang lain lain tak? Kalau ada, meh sini share dengan aku pulak. tanpa disedari korang juga caring orangnya. Emmmm



Btw, jom echange banner. Ada sesapa nak tolong kite buat banner yang lagi cantik dari ni takkk? Huahhhh. Siyes tak tahu! :'(


Tarikh Keramat akan datang.

Tataplah pepuas gambar aku ni hanya untuk melunaskan rindu yang sudah lama terbuku.

Hye korang. Rindu aku kan? Almaklumlah dah beberapa hari tak update blog? (tetiba) Post kali ni mmg aku nak emo bagai k, memang aku nak membantah sepenuhnya. Tak kira, nak gak. Kalau anwar ibrahim boleh bantah, asal aku tak boleh? Ye kan? Tetapi, post kali ni bukan pasal politik, bukan pasal tarikh pilihan raya. Tapi tarikh tarikh tarikh keputusan spm. Tak sangka nenek moyang aku tujuh kerabat sekejap je dah nak 21.3. Jilaka betul lah KPM ni. Asal mesti bulan 3? Asal tak bulan 5, 6, 7 8 or takda bulan? Huwaa. Bila cakap pasal result mmg aku rasa, 'eh result mmg kena keluar eh? Asal tak masuk?' Okay gila! 

Cakap pasal result juga, mesti teringat dekat mak and bak aku. Huaaa. Mesti diorang nak dengar result aku straight A kan. Tapi aku si malang ni, tak pernah nak dapat straight A dalam hidup. Tak pernah banggakan mak and bak dalam segi result exam ni. Teringin juga aku banggakan mak and bak aku. Hmmm. Kawan aku pernah cakap, maybe tu bukan rezeki aku. Mungkin rezeki aku dalam segi lain. Sampai sekarang aku ingat lagi kata kata dia. 


     Me is trying to senyum walaupun hati dah berdebar.. rasa macam nak tercabut dan rasa macam aku nak cabut je jantung ni. Huwaaaa. Mesti moment cikgu nak bagi result tu, seram je kan? Huhu. Huaaaaaaa taknak result taknak taknak taknak.
So, to all batch 95, sila jangan datang kesekolah untuk amik result. Untuk mengelakkan rasa malu(kalau result tak baik) bila kekawan tanya, sila cek keputusan anda via sms or online. lepas 2-3 minggu, baru datang sekolah amik sijil and slip. Bernas gila tak idea aku? Huhu kalau yang result baik, okaylah. Senang hati je nak jawab bila orang tanya.

Kalau yang kurang baik tu, mesti cakap macam ni, 'hm okay lah' 'boleh lah'. Dah confirm rasa segan+berat je mulut nak jawab. Hoho. Tapi apa apapun, redha dan tawakal and bersyukur okay apa yang korang dapat tu. SPM bukan penghujung usaha korang. Banyak lagi benda yang boleh buat korang berjaya.


^***************************************************^

Tengokkkkkkk! Comel tak dia buat mulut macam tu? Rasa macam nak sangkut hainger je. Okay bye.

**fully note to myself (tabahkan diri)

A daughter

Assalamualaikum.



Tengah sesedap kunyah gula getah, tetiba tergigit lidah. Itulah saat paling indah yang aku pernah lalui. Sakit tak terkata. Sakit? Indahkah ia? Taksemua sakititu indah. Mustahil sekali sakit itu indah. Sakit yang paling sakit ialah sakit hati. Geram, marah, kecewa pada seseorang. Hati yang sakit susah diubati. Ok stop. Malas aku nak beremosi di malam yang sunyi ini.
        So, what going next? Okaylah disebabkan aku newbie dalam blogging ni kan, *newbis lah sangat* aku nak cerita serba sikit pasal aku. Cewahh. Bajet artis katekoooo. Lets we start travel, scroll until boring. Lu

Siapa pemilik blog allsuhanamoments ni? Asal baca je bajet macam blog english. Tapi salah. Anda salah. Ianya hanya blog picisan yang berperisa rojak. Tapiii itu tak bermakna anda boleh makan blog ni sesuka hati hanya kerna ianya berperisa rojak! Lulz *merepek*. Nama owner blog ini Suhana Ibrahim. Anak perempuan kepada En Ibrahim dan Pn Che Ah. Selamat dilahirkan di Hospital Kluang pada tanggal 01.12.1995. Yaa! Ini bermakna owner blog ini sudah berumur 17 tahun 1 bulan 2 minggu dan 6 hari.

Aku seorang pelajar lepasan spm sejak 29 november 2012 bersamaan dengan paper akhir spm iaitu Sains Pertanian. Perasaan gembira yang tak terkata. Bayangkan, aku senyum lebar sambil jerit selepas keluar dari dewan peperiksaan. Sudah habis sekolah rupanya aku.



From left: Aimi(apis's wife), Syahirah(unknown's wife), Atiqah(unknown's wife), Nabilah(crush to Naha), Mastura(crush to Arif), me(single), Farah(aliff's crush)


                 Lihatlah. Masa ni dalam pukul 2ptg. budak lain semua dah balik except budak seni. Sebab depa ada paper petang tu. Sepatutnya ada sembilan orang tapi sorang balik rumah :(, lagi sorang dia ada subject tambahan petang tu. Terpaksa lah kiteorang bergambar tanpa kawan kami. Ok then. Aku jenis suka menaip. Menaip benda yang tak berfaedah. bayangkan. Kalau uolss perasan, ayat aku macam tunggang terbalik. serious aku cakap. Sendiri baca, aku dah perasan. But who care kan? Aku tak tahu apa yang aku paling suka. Tapi aku ni jenis yang suka semua benda. haha. Gile! Haa yang paling penting, i do love Photography. Tapi aku tak tahu macam mana nak melaksanakan 'love' tu. Aku suka tengok gambar gambar yang menarik (kot).

Okayy. sampai situ je. POST INI AKAN  DIUPDATE DARI SEMASA KE SEMASA. Sekian



Start with smile

Assalamualaikum uolls
 Yeyyy. Malam tadi baru je lepas buat wordpress. Hari ni buat blogspot pulak. Wordpress tu dah delete dah. Susah nak mati aku kerjakan wordpress tu semalam.
    Dulu, aku ada mula menulis di woowoona blog. Tapi tak berhasil sebab dah dua tahun aku ber-blogging, masa tu juga mood aku berbaur dengan perasaan tak tenteram. Terus aku delete blog. Sekarang, lepas terbaca blog TheRuzanna ni, perasaan telah menggoda aku untuk kembali aktif dalam bidang menulis.

Bakat dan kenangan.
Ya, mungkin bakat aku tak lah sebagus Marya Hana, Fatin Liyana tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk jadi lebih hebat daripada mereka. Hebat dalam bidang menulis/blogging. Bila difikirkan semua, menyesal juga aku lepas delete woowoona blog tu sebab semua kisah silam, kenangan aku bersama si dia tersingkap disitu. Sejak mula kami kenal hingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Telah ku catit semuanya. Namun, atas dasar ingin melupakan dia, aku delete semua kenangan.
Mungkin kejam, tapi dorongan keluarga si dia aku kuatkan semangat untuk teruskan hidup tanpa dia. Sahabat aku pernah cakap, 'teruskan hidup. Walaupun dia dah tiada lagi, hidup mesti diteruskan jua'. 

Sejak kemunculan laman sosial Myspace, facebook, Twitter. Semua itu pernah aku lalui. Facebook aku, Suhana Ibrahim. Tanggal 13 September 2009 aku mula menceburkan diri dalam Facebook. Satu laman sosial yang digilai manusia dimuka bumi ini. Kini, zaman kegilaan Facebook sudah mahu pupus dan laman Twitter pula mengambil alih. Twitter aku _Woowoona__ juga telah diwujudkan. Tarikh tidak dapat dikenalpasti

     Cukup lah itu sebagai mukadimah aku memulakan zaman blogging. Sekarang akan ku mulakan tiap hariku dengan menulis satu post.