Start with smile

Assalamualaikum uolls
 Yeyyy. Malam tadi baru je lepas buat wordpress. Hari ni buat blogspot pulak. Wordpress tu dah delete dah. Susah nak mati aku kerjakan wordpress tu semalam.
    Dulu, aku ada mula menulis di woowoona blog. Tapi tak berhasil sebab dah dua tahun aku ber-blogging, masa tu juga mood aku berbaur dengan perasaan tak tenteram. Terus aku delete blog. Sekarang, lepas terbaca blog TheRuzanna ni, perasaan telah menggoda aku untuk kembali aktif dalam bidang menulis.

Bakat dan kenangan.
Ya, mungkin bakat aku tak lah sebagus Marya Hana, Fatin Liyana tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk jadi lebih hebat daripada mereka. Hebat dalam bidang menulis/blogging. Bila difikirkan semua, menyesal juga aku lepas delete woowoona blog tu sebab semua kisah silam, kenangan aku bersama si dia tersingkap disitu. Sejak mula kami kenal hingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Telah ku catit semuanya. Namun, atas dasar ingin melupakan dia, aku delete semua kenangan.
Mungkin kejam, tapi dorongan keluarga si dia aku kuatkan semangat untuk teruskan hidup tanpa dia. Sahabat aku pernah cakap, 'teruskan hidup. Walaupun dia dah tiada lagi, hidup mesti diteruskan jua'. 

Sejak kemunculan laman sosial Myspace, facebook, Twitter. Semua itu pernah aku lalui. Facebook aku, Suhana Ibrahim. Tanggal 13 September 2009 aku mula menceburkan diri dalam Facebook. Satu laman sosial yang digilai manusia dimuka bumi ini. Kini, zaman kegilaan Facebook sudah mahu pupus dan laman Twitter pula mengambil alih. Twitter aku _Woowoona__ juga telah diwujudkan. Tarikh tidak dapat dikenalpasti

     Cukup lah itu sebagai mukadimah aku memulakan zaman blogging. Sekarang akan ku mulakan tiap hariku dengan menulis satu post.




No comments:

Post a Comment