Luahan Hati [part 1]

Assalamualaikum

Kali ni aku nak lagi serius. Aku taknak cerita pasal holiday lagi. Sebab apa? Sebab budak bawah umur mungkin jealous sebab aku asyik ber-holiday je. Oh sudah la


Ya kali ni. Dah namanya luahan hati, ya confirm ya pasal cintan cintun. Memang dulu mak mak bapak bapak tak bagi anak mereka bercinta dengan monyet (cinta monyet) kat sekolah. Well, now aku lepasan sekolah. Jadinya aku dah ada 'pas' untuk bercinta. Tak gitu kawan kawan?







Babak babak mimpi;


Ya malam itu aku tidur agak lewat sekali. Tak lewat sangat. 3.00am gitu, Ada perasaan gusar berbaur risau dalam hati. Akhirnya, aku terlelap tanpa disedari. Aku mimpi. Mimpi seorang jejaka yang tidak dikenali. Handsome. Aku sedari dia mengikuti aku dari parking sehingga masuk ke dalam shopping mall. Aku laju, dia laju. Dia bersama seorang lelaki yang tidak ku kenali juga. Laju dan terus laju


     Sampai di satu peringkat, aku konon konon tanya dengan seorang pakcik tua ini;


aku: Pakcik, tau tak arah nak ke Jusco Tebrau. Tebrau?

Pakcik: Aduh nak, pakcik pun tak tahu la. Tapi yang pakcik tau, nak ikut je lalu jalan larkin lepas tu ikut je signboard ke 'Jalan tebrau'

*Aku berlalu pergi dengan ucapan terima kasih*


Entah bagaimana di satu ketika aku sampai ke satu rumah. Banglo 10 bilik mungkin. Ramai orang. Ada kenduri rasanya. Aku terlihat ayah mak, maklang, dan mak uda aku. 



Senang cakap, semua family aku ada disitu. Tiba tiba *terkejut* aku bertemu dengan dua orang lelaki yang tidak dikenali tadi. Ya! Tepat sekali. Mereka berdua rupanya adik beradik. Yang aku ingin cakapkan kuatkuat disini, ini cerita pasal adiknya yang handsome itu.


Aku tergopoh gapah, kelam kabut mencari bilik. Abang itu kata aku ke bilik 3. Namun......... *bapppppp* Pintu tak boleh dibuka. Alangkah terkejutnya ada nenek yang tidur dibilik itu. Abang tadi kena marah sebab masuk merempuh bilik nenek itu. Nenek itu berkata, ''kau ni kenapa? Dengan nek pun ada nafsu ke?" Terus aku berdekah ketawa. Abang tadi pun ketawa.


Jadi aku ambil langkah seterusnya dengan, tidur sahaja diruang tamu tingkat dua. Aku terlihat seorang lelaki yang handsome tadi dok kelip mata kat aku. Yaaaa! (perasaan cinta dah mula)


Kira kira 1 jam kemudian, lelaki yang handsome tadi mengajak aku ke suatu tempat. Disebabkan dia tak reti bawa kereta, aku la yang drive nampaknya.


Yang aku ingat kejadian ini berlaku dekat rumah atuk aku di Gelang Patah.


Aku meneruskan perjalanan dan aku mula bertanya kepada lelaki itu, seperti pasangan yang sedang bercinta. Aku mula sweet sweet dengan dia. Manja gtewwwww


Aku: Awak, nak bawa saya pergi mana niii? :(

Dia: Ala awak drive je. Ikut cakap saya ye sayang. *menunjuk arah ke kanan* (masuk highway)
Aku: Yelaaaaaaaaa
Dia: Awak, tau tak yang selama ni saya rindu awak?
(dalam hati aku berbisik, aku kenal ke dia ni)

Aku: awakkkkkkk *menangis*

(Dah sampai ke tempat yg dituju)


Aku: laaa kenapa awak bawa saya ke pertandingan berlari ni? marathon dgn askar pula tu

Dia: Alaaaaa takpelaa sayang. Saya teringin pula. Jom sayang lari sama sama. Takmo pisah ye.
Aku: Okay bossssss

Aku berlari, berlari berlari, sampai suatu ketika aku hilang dari pandangan si dia. Aku terus ke hadapan. Yang aku pelik, kenapa dia tak kejar aku. Pasukan marathon (askar) dan peserta berheti sebab lampu isyarat merah. Okay dah mula. Yang aku pelik lagi kenapa semua lelaki dan aku seorang. Lampu isyarat dah hijau. Semua peserta berlari. Aku masih berdiri menunggu dia. Tapi nasib aku malang, aku tak berapa cam muka dia yang mana satu. 


Jadi, aku ambil langkah untuk pulang ke rumah terus. Drive seorang diri.


................bersambung........................


**nak tau apa yang bakal terjadi selepas ni. pertemuan sekejap bertukar realiti!

**Ni kisah benar yang aku alami. Merindui <3


6 comments:

  1. hee bestnyaaa , nice entry dear , tak sabar tunggu part 2 pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee thanks babe. heeeee part 2 here http://allsuhanamoments.blogspot.com/2013/02/luahan-hati-part-2.html

      Delete
  2. wooo..sronok bc..tggu part tu
    follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyyyy follow awak. Baca part 2 disini http://allsuhanamoments.blogspot.com/2013/02/luahan-hati-part-2.html

      Delete
  3. WAAA..law jadi real kan best..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? Selalu harap mimpi tu tiap tiap malam dtg :( Nak sangat jumpa lelaki mimpi tu :(

      Delete