Luahan Hati [part 2]



SAMBUNGAN DARI PART 1

........... Balik je rumah aku terus lari naik tangga. Nak cari abang dia. Sebab apa? Sebab nak minta no telefon lelaki tadi. Abang tu baca satu satu, aku ingat. *Zzeeeeeeeeeezzzzzzzz*

Bunyi apa tu dalam hati aku cakap. Tengok luar kat rumah ad Proton preve masuk. Tak semena mena keluar la cikgu Salwa(cikgu praktikal) aku. zassss Dia terus marah cakap macam ni kat aku, ''kau pehal tinggal dia malam malam. Dah malam ni, berani je tinggal dia'' Dalam hati aku, eh dia ni pahal lelaki kot! Ggr! Geram! Aku terus kejar lelaki tadi terus naik tangga. Satu persatu bilik aku cek, tapi malang. Dia lesap macam tu je. Yang ada dalam rumah tu, family family terdekat aku je. Allah!


zuppppppp! Aku terus terbangun! Tengok jam yang pukul 10 lebih. Bangun je dari mimpi tersebut, aku terus cuba mengingati nombor telefon lelaki mimpi tadi. 01776 blergh. Tu je aku ingat. Perasaan menyesal dalam diri aku datang membuak, aku dapat rasakan yang mimpi tu betul. Realiti dalam hidup aku. Haizzzz


Sekarang, aku sedang merindui ya amat dekat lelaki tu. Nama pun tak sempat tanya.



Kini, aku sendirian. Memikirkan lelaki mimpi tadi. InsyaAllah aku akan buat episod pasal lelaki mimpi tadi. Kalau ada bakat, akan ku tulis satu novel bertajuk 'Lelaki Mimpi' Tak salah nak berangan. Lagu Asmida, Mimpi sampai ke langit akan membuktikan aku bahawa betapa perasannya aku sampai nak buat novel bagai. Tapi yang betul, aku sangat merindui si lelaki mimpi itu. 



Dah habis dah luahan hati aku ni. Gila pendek part 2. Baik terus sambung part 1 je kann. Ah nak jugak buat by part! Ggr






Aku yakin korang semua dah tak ada kerja dan sangat boring dikala petang yang panas ni kan. Why not korang add, follow aku kat facebook, twitter dan instagram kan. Ada jugak paedah ye, ye dakkk? Hahaha gaya macam gila desperate je kan. Ah peduli apa aku. 


Aku tetap juga nak suruh korang add/follow aku. Yang dah friend dengan aku tu toksah nak ngada ngada unfriend pastu sed request lagi ea. Pukul bontot kang. Yang kat twitter pulak jangan ngengada nak unfollow pastu kau tak follow balik. Ni cari nahas namanya. Muahahahha.



**Just click on he picture okay, you will be direct go to my page.
Sekian dari si desperate!
(Jangan nak menilai aku macam tu oi) muahahaha

Luahan Hati [part 1]

Assalamualaikum

Kali ni aku nak lagi serius. Aku taknak cerita pasal holiday lagi. Sebab apa? Sebab budak bawah umur mungkin jealous sebab aku asyik ber-holiday je. Oh sudah la


Ya kali ni. Dah namanya luahan hati, ya confirm ya pasal cintan cintun. Memang dulu mak mak bapak bapak tak bagi anak mereka bercinta dengan monyet (cinta monyet) kat sekolah. Well, now aku lepasan sekolah. Jadinya aku dah ada 'pas' untuk bercinta. Tak gitu kawan kawan?







Babak babak mimpi;


Ya malam itu aku tidur agak lewat sekali. Tak lewat sangat. 3.00am gitu, Ada perasaan gusar berbaur risau dalam hati. Akhirnya, aku terlelap tanpa disedari. Aku mimpi. Mimpi seorang jejaka yang tidak dikenali. Handsome. Aku sedari dia mengikuti aku dari parking sehingga masuk ke dalam shopping mall. Aku laju, dia laju. Dia bersama seorang lelaki yang tidak ku kenali juga. Laju dan terus laju


     Sampai di satu peringkat, aku konon konon tanya dengan seorang pakcik tua ini;


aku: Pakcik, tau tak arah nak ke Jusco Tebrau. Tebrau?

Pakcik: Aduh nak, pakcik pun tak tahu la. Tapi yang pakcik tau, nak ikut je lalu jalan larkin lepas tu ikut je signboard ke 'Jalan tebrau'

*Aku berlalu pergi dengan ucapan terima kasih*


Entah bagaimana di satu ketika aku sampai ke satu rumah. Banglo 10 bilik mungkin. Ramai orang. Ada kenduri rasanya. Aku terlihat ayah mak, maklang, dan mak uda aku. 



Senang cakap, semua family aku ada disitu. Tiba tiba *terkejut* aku bertemu dengan dua orang lelaki yang tidak dikenali tadi. Ya! Tepat sekali. Mereka berdua rupanya adik beradik. Yang aku ingin cakapkan kuatkuat disini, ini cerita pasal adiknya yang handsome itu.


Aku tergopoh gapah, kelam kabut mencari bilik. Abang itu kata aku ke bilik 3. Namun......... *bapppppp* Pintu tak boleh dibuka. Alangkah terkejutnya ada nenek yang tidur dibilik itu. Abang tadi kena marah sebab masuk merempuh bilik nenek itu. Nenek itu berkata, ''kau ni kenapa? Dengan nek pun ada nafsu ke?" Terus aku berdekah ketawa. Abang tadi pun ketawa.


Jadi aku ambil langkah seterusnya dengan, tidur sahaja diruang tamu tingkat dua. Aku terlihat seorang lelaki yang handsome tadi dok kelip mata kat aku. Yaaaa! (perasaan cinta dah mula)


Kira kira 1 jam kemudian, lelaki yang handsome tadi mengajak aku ke suatu tempat. Disebabkan dia tak reti bawa kereta, aku la yang drive nampaknya.


Yang aku ingat kejadian ini berlaku dekat rumah atuk aku di Gelang Patah.


Aku meneruskan perjalanan dan aku mula bertanya kepada lelaki itu, seperti pasangan yang sedang bercinta. Aku mula sweet sweet dengan dia. Manja gtewwwww


Aku: Awak, nak bawa saya pergi mana niii? :(

Dia: Ala awak drive je. Ikut cakap saya ye sayang. *menunjuk arah ke kanan* (masuk highway)
Aku: Yelaaaaaaaaa
Dia: Awak, tau tak yang selama ni saya rindu awak?
(dalam hati aku berbisik, aku kenal ke dia ni)

Aku: awakkkkkkk *menangis*

(Dah sampai ke tempat yg dituju)


Aku: laaa kenapa awak bawa saya ke pertandingan berlari ni? marathon dgn askar pula tu

Dia: Alaaaaa takpelaa sayang. Saya teringin pula. Jom sayang lari sama sama. Takmo pisah ye.
Aku: Okay bossssss

Aku berlari, berlari berlari, sampai suatu ketika aku hilang dari pandangan si dia. Aku terus ke hadapan. Yang aku pelik, kenapa dia tak kejar aku. Pasukan marathon (askar) dan peserta berheti sebab lampu isyarat merah. Okay dah mula. Yang aku pelik lagi kenapa semua lelaki dan aku seorang. Lampu isyarat dah hijau. Semua peserta berlari. Aku masih berdiri menunggu dia. Tapi nasib aku malang, aku tak berapa cam muka dia yang mana satu. 


Jadi, aku ambil langkah untuk pulang ke rumah terus. Drive seorang diri.


................bersambung........................


**nak tau apa yang bakal terjadi selepas ni. pertemuan sekejap bertukar realiti!

**Ni kisah benar yang aku alami. Merindui <3


Mulut Bengkak + Jari Bengkak + Penang!

Assalamualaikum,

Last two weeks, aku dah berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara iaitu Penang! Weeho. Jakun gilee katekooo. Serius! Last pergi Penang masa tahun 2007 tak silap aku darjah 6. Pergh mmg mengimbau kenangan betul masa tu. Yela masa kocik kocik dulu pergi rombongan sekolah ramai ramai dengan kawan. But this time dengan family. Lain rasanya pengalaman, perasaan. Kalau dengan family ni boleh la jakun tahap lembu gila. Kalau trip dengan kawan kea cover bak malu malu kucing, tak memasal kang kena nganjing 24/7. Haihh jangan main gila. Nyorok bawah dapur gitewwwwww. ada beli sikit ole ole dari Penang, yang paling banyak JERUK!

Cakap pasal jeruk mmg ada kaitan sangat dengan topik kali ni. Sebab apa? Sebab jeruk ni buat aku trauma, buat aku anti gila dah nak makan jeruk. For your information, aku makan je jeruk ni. Boleh dikelaskan dessert favourite la. Ngee~ Tapi sikap hantu jeruk aku ni dah bawa padah. Keesokan harinya, mulut aku bengkak.

Dan dua hari keesokannya pula, salah satu jari aku bengkak.

Bangun tidur, terus pergi bilik air basuh muka tengok cermin mulut aku dah bengkak. Memang gila. Dah tak tentu arah dah aku masa tu. Macam rupa orang gila pun ada. Nervous. Dalam otak aku macam macam dah fikir. Risau bercelaru otak. Tapi bengkak kat mulut tu dah reda/hilang 30 minit kemudian. Alhamdulillah. Dalam hati aku cakap, ''kalau makan jeruk bebanyak ni boleh menyebabkan bengkak ke?'' Nampak mcm tak masuk akal je kan?

          Yang pasal jari bengkak lagi ah ngeri uolssss. Dalam pukul 4-5pagi gitu aku terjaga. Biasalah rumah kampung(rumah opah) macam macam ada. Plus area belakang rumah tu tanah kubur ;( Seram kan? Masa terjaga tu memang aku dah fikir, ''ni sah dah ni ada benda gigit'' Aku dah nak nangis bagai. 2 hari kejadian, mula timbul nanah kat jari tu. Tak banyak mcm kena gigit nyamuk tu. Aku ingat nak pergi klinik, tapi biarlah dulu tengok mcm mana keadaan. Last last terjumpa krim Caterine namanya. mmg bagus gila ubat tu uolsss.





GAMBAR SUSPEK JERUK

Ni uolss jeruk jeruk yang buat i bengkak. Hmmm. Pasni takmo makan jeruk lagi. Trauma terus. Anybody know apa kaitan jeruk dengan bengkak ni? haih seram tau aku :(

Gambar sekitar Penang :'D


 Memang aku jakun gila tengok Penang Bridge ni utk kali kedua dalam hidup. Meriah uolss sebelah kiri kira kira 10km dari Penang Bridge ni adalah Penang Bridge yang kedua. Dalam proses pembinaan. Trafik perlahan sangat dats time. I tetap bersabar uolss :')





 Pasal makanan kat Penang ni la yang aku tak puas hati. Bukan tak sedap, sedap sangattt. Tapi satu je, mahal nak mampus bak angg. Mee Goreng Basah RM8.00 .Cekik darah tak? Tau la udang dua ekoq besaq  tapi mee nya memang tak sedap. Mee kuning tu tak celur :( Tak rasa perencah :( Sedih iolsss


Le family. 

 Pasembor Penang RM 26.00 Ni harga standard memang kaw kaw punya sebab sedap! Ngeee~



Kat Penang ni macam ada satu sistem la yang aku perasan. Nak masuk Penang kebiasaanya lalu Penang Bridge. Sebelum Penang Bridge tu, ada tol harga RM7 lebih. Aku tak ingat bape.. So nak balik dari Penang ke Prai kebiasaannya akan naik ferry FREE. Oh no no no. Bukan free okayyy. Actually korang dah bayar sebelum masuk pulau tadi tu haaaa. Jangan sesedap mulut cakap FREE eeee eaaa? Kat dunia ni takde benda free, nak kencing berak pun bayar :(


 Ayu gila aku dengan adik aku ni kannn. Haha berbaju kurung dimalam hari kakakaka








 Okay jum next entryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

Accident Bangi-Kajang PLUS

Assalamualaikum.

            Sepatutnya aku update blog ni hari Rabu yang lepas tapi disebabkan ada perkara yang meghalang terpaksa lah aku update hari ni. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Iye dakkk? First of all, Happy Chinese New Year le to all my chinese friend, all chinese. Lol. Dah kata 1Malaysia, cuti diorang, cuti kita jugak kan. kakakaka. Btw, a few day ago, my family planning to go to holiday. So mom think that we should go back to hometown. well my hometown at Kuala Kangsar. Jauh jangan cakap! Kebal bontot aku ni dok dalam kereta 8jam! Yeah. 

           Masa dalam perjalanan tu highway jangan cakap la kannn, of course pax gila dengan kereta. Dalam banyak banyak kereta tu ada je accident. dekat 2-3 accident aku jumpa. Yang palin teruk accident highway Bangi-Kajang. Sebab apa? sebab accident menyebabkan dekat 5 buah kereta dan sebuah motor! Accident paling ngeri pernah aku tengok :( So, jom tengok gambar accident. Jangan risau, tak ada gambar 18SX pun. Halal untuk dilihat -.-





Well, tengok. kesesakan lalu lintas dekat 10km rasanya aku disebabkan acciden tu -.-



 I tot that one tak la kecoh mana uolss. Tapi aku salah sangka. hua hua. Kasihani la aku. That time masa aku lalu rasanya accident tu baru je. Memang kecoh gila.... Tapi 10 minit kemudian dah takde apa. Be calm semuanya. kakakaa



straight to the red arrow please

straight to the red arrow please

straight to the red arrow please

Something Meletupzzz

Assalamualaikum.

memandangkan dah tegah malam aku nak quickupdate sikit.



Nantikan sambungannya pada hari rabu depan. Insyaallah

Setia Hujung Nyawa - (by link of episode)

Assalamualaikum [UPDATED]


   Sementara aku tengah takda idea/topik nak diupdate dalam blog picisan rojak ni kann, baik aku update cerita pasal setia Hujung Nyawa ni. Ada paedah ye dakkk? haha. Actually, dulu masa zaman kegemilangan drama (dulu tak dulu sangat. lol) ni aku tak up to date sangat tengok drama ni on time. Last last aku fikir masak masak nak layan drama ni online. Kalau ada kat youtube pun yang promo je kann? Kalau tak silap aku la kan. So, sharing is caring. Aku nak share korang link by episod Setia Hujung Nyawa ni. Haha paedah gakkk.

Setia Hujung Nyawa - Episod 01
Setia Hujung Nyawa - Episod 02
Setia Hujung Nyawa - Episod 03
Setia Hujung Nyawa - Episod 26
Setia Hujung Nyawa - Episod 27
Setia Hujung Nyawa - Episod 28

**Episod 27 tu sepatutnya ak updated semalam, tapi baru hari ni dia publish kat dailymotion. dah keluar dekat laman web apa tahh tak ingat. 

(NOTA: Link akan diupdate dari masa ke masa utk memudahkan lagi kerja engkorang layan movie memalam buta)

Haaaa. Bukan cerita Setia Hujung Nyawa ni je ada. Adam Hawa especially! Ahaks. Bercakap bedasarkan pengalaman. Rumah aku tadakk astro, so aku ambil langkah insiatif dengan tengok Adam Hawa dekat dailymotion itu ari. Pandai kannn? Hahaha Ni ada link channel channel yang upload drama melayu yang best kebabommmm:
  1. Kepala Bergetar
  2. http //papankekunciku.blogspot.com
  3. dramatvonline
Berdasarkan pengalaman aku jugak selama aku layan drama kat dailymotion ni tak pernh hang atau berhenti henti macam youtube tu. Fully laju gila line. Ahaks. Biasa lah wifi jiran. Lol. 








#Motif sangat aku letak gambar Zain dengan El ni. Sebab diorang sweet sangat dalam cerita ni. Nak jugak macam ni. Can i? lolo. Okay enjoy the drama. Dropbababasssssssssssssss.