Last two weeks, aku dah berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara iaitu Penang! Weeho. Jakun gilee katekooo. Serius! Last pergi Penang masa tahun 2007 tak silap aku darjah 6. Pergh mmg mengimbau kenangan betul masa tu. Yela masa kocik kocik dulu pergi rombongan sekolah ramai ramai dengan kawan. But this time dengan family. Lain rasanya pengalaman, perasaan. Kalau dengan family ni boleh la jakun tahap lembu gila. Kalau trip dengan kawan kea cover bak malu malu kucing, tak memasal kang kena nganjing 24/7. Haihh jangan main gila. Nyorok bawah dapur gitewwwwww. ada beli sikit ole ole dari Penang, yang paling banyak JERUK!
Cakap pasal jeruk mmg ada kaitan sangat dengan topik kali ni. Sebab apa? Sebab jeruk ni buat aku trauma, buat aku anti gila dah nak makan jeruk. For your information, aku makan je jeruk ni. Boleh dikelaskan dessert favourite la. Ngee~ Tapi sikap hantu jeruk aku ni dah bawa padah. Keesokan harinya, mulut aku bengkak.
Dan dua hari keesokannya pula, salah satu jari aku bengkak.
Bangun tidur, terus pergi bilik air basuh muka tengok cermin mulut aku dah bengkak. Memang gila. Dah tak tentu arah dah aku masa tu. Macam rupa orang gila pun ada. Nervous. Dalam otak aku macam macam dah fikir. Risau bercelaru otak. Tapi bengkak kat mulut tu dah reda/hilang 30 minit kemudian. Alhamdulillah. Dalam hati aku cakap, ''kalau makan jeruk bebanyak ni boleh menyebabkan bengkak ke?'' Nampak mcm tak masuk akal je kan?
Yang pasal jari bengkak lagi ah ngeri uolssss. Dalam pukul 4-5pagi gitu aku terjaga. Biasalah rumah kampung(rumah opah) macam macam ada. Plus area belakang rumah tu tanah kubur ;( Seram kan? Masa terjaga tu memang aku dah fikir, ''ni sah dah ni ada benda gigit'' Aku dah nak nangis bagai. 2 hari kejadian, mula timbul nanah kat jari tu. Tak banyak mcm kena gigit nyamuk tu. Aku ingat nak pergi klinik, tapi biarlah dulu tengok mcm mana keadaan. Last last terjumpa krim Caterine namanya. mmg bagus gila ubat tu uolsss.
GAMBAR SUSPEK JERUK
Ni uolss jeruk jeruk yang buat i bengkak. Hmmm. Pasni takmo makan jeruk lagi. Trauma terus. Anybody know apa kaitan jeruk dengan bengkak ni? haih seram tau aku :(
Gambar sekitar Penang :'D
Memang aku jakun gila tengok Penang Bridge ni utk kali kedua dalam hidup. Meriah uolss sebelah kiri kira kira 10km dari Penang Bridge ni adalah Penang Bridge yang kedua. Dalam proses pembinaan. Trafik perlahan sangat dats time. I tetap bersabar uolss :')
Le family. |
Pasembor Penang RM 26.00 Ni harga standard memang kaw kaw punya sebab sedap! Ngeee~
Kat Penang ni macam ada satu sistem la yang aku perasan. Nak masuk Penang kebiasaanya lalu Penang Bridge. Sebelum Penang Bridge tu, ada tol harga RM7 lebih. Aku tak ingat bape.. So nak balik dari Penang ke Prai kebiasaannya akan naik ferry FREE. Oh no no no. Bukan free okayyy. Actually korang dah bayar sebelum masuk pulau tadi tu haaaa. Jangan sesedap mulut cakap FREE eeee eaaa? Kat dunia ni takde benda free, nak kencing berak pun bayar :(
Ayu gila aku dengan adik aku ni kannn. Haha berbaju kurung dimalam hari kakakaka
welcome to penang... banyak sgt tempat menarik kat penang ni..
ReplyDeleteKan? haritu sempat pergi area meriam tu je. Sampai je pulau terus hujan..
ReplyDeleteAs salam....mmg terliuq tgk jeruk2 kat Penang. Pengalaman sy makan jeruk penang ni , sakit tekak & batuk...Kira macam serik nak makan jeruk from penang!
ReplyDeleteDone follow yours. Hit me back here http://groovyfashionshop.blogspot.com/