Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang?

Salam
Kemain panjang tajuk post. Nak bagi tajuk gempak tapi takpe lah. Lain kalilah. Haha Sebenarnya baru lepas tengok cerita Cinta Jangan Pergi. Ada orang call dia cakap, 'call lain tahun lah' .Aku dah gelak instead dia guna 'call lain kali' hahaha. Uolss dah boleh try tengok. Tengok tajuk lagi sekali. Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang? Ulang lagi! Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang?
      So this time, aku nak cakap based on experience okay sebab benda ni mmg terjadi kat aku. At first memang aku tak leh terima apa yang terjadi sebelum ni tapi lama kelamaan aku dah boleh terima. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Redha dan tawakal dengan apa yang terjadi. Tanggal 5.9.2011 aku dapat satu call dari adik arwah cakap arwah accident. That time mmg aku lemah gila. Bergegar lutut nak jatuh tapi aku kuat. Kawan kawan banyak tolong bagi semangat. Nak dipendekkan cerita dekat 4 hari arwah koma, 9.9.2011 arwah menghembuskan nafas yang terakhir selepas dibantu oleh mesin hayat. Dalam hati aku cakap, tak apa. Ini semua ujian Allah. Redha. Cukuplah sebulan aku bersama dia. Sebulan. Masa tu babak babak cinta mula disemai namun diuji dengan ujian Allah. Allah nak uji sekuat mana, setabah mana hambanya menghadapinya. 

Tu mukadimah post. saja nak bagi air mata aku bergelinangan. Uolss yang tak rasa mcm aku, mungkin cakap alaaaaa biasalah tu. but pada aku NO! So. this is true. 

1. Nangis sepuas mana yang anda mahu. 

Keluarkan semua airmata kau, keluarkan sehingga air mata berdarah sekalipun walaupun kau tahu airmata darah tu memang tak ada. so perkara ni aku buat. Memang tak semua tekanan ni akan kurang but at least 8% akan hilang. Percayalah. So this is therapy yang aku baca dekat buku motivasi. I forgot tajuk buku tu. Bila air mata tu habis semua keluar, jadinya dah tak boleh menangis. Menangis yang hanya semata mata akan memberi kesan kat otak kau dan seterusnya akan menambahkan tekanan. Nangislah puas puas!

2. Beli diary baru

Yahhhh! beli diary baru. I means whatever buku nota ape punn. dekat buku nota tu express all feeling. Tulis sebanyak mana yang korang mampu. Beli 10 batang pen barangkali. Jangan gelak! Jangan cakap idea ni mengarut. Seriously, idea ni memang berkesan. Terapi yang akan memberi kesan.

3. Minum air suam panas

Dah puas layan perasaan, jangan lupa jaga kesihatan juga. Minum air suam panas panas sikit. Try jangan tak try

4.Try to forget what happens

Lupakan semua kenangan. Semua. Buat buat macam tak ada apa yang berlaku. Buang semua kenangan! Buang dan lupakan. Agak agak kalau adda tiket wayang, sampul coklat yang dia bagi tu buang semua. Kalau boleh bakar dan abunnya buang kat parit berdekatan (gelak?) Lupakan! (entah yang berapa kali aku ulang, mohon korang lupakan)

**Okay dah tu je cara caranya. Mesti korang rasa mcm membazir 15minit kan baca benda ni. Tapi please percaya kat aku. Buat empat perkara tu dengan bersungguh sungguh. Insyaallah kurang sikit. Last but not least, Ingat Allah. Solat jangan tinggal. Walau ape pun terjadi ingat dekat Pencipta kita.

Bila jiwa dah tenang, apa yang kita buat semua jadi mudah dan diredhai. Insyaallah
kredit gambar: islamictesti

4 comments:

  1. follow u....follow me back.. cweetykadbury91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hai follow awak kat sini. jmput singgah n follow blog http://www.kisahemasputih.com/

    ReplyDelete
  3. bihah simpati. tapi nice tip untuk orang yg sedih dan menaglami musibah. btw, follow here http://nabihahzambry.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. moga terus tabah,,:)..life must go on,right?hee..thanx for the tip..
    follow me-http://bravochill.blogspot.com

    ReplyDelete