Diriku semakin lincah dan 'licik', semakin aktif nak update blog. Harap sampai bebila lah aku macam ni ya. Hahaha jangan aku macam biskut dah la ya. Sekejap ada sekejap tak ada. Tapi aku konfius, kenapa dikategorikan sebagai 'biskut'? Mohon pencerahan. Aummm.
Straight to the topik, malam ni memang aku nak membebel kaw kaw punya. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau nasi dah jadi bubur, erti penyesalan pun dah tak ada makna. Jom bertindak sekarang sebelum apa apa yang tak diingini berlaku. Nak kata aku ada pengalaman dalam hal anak anak memang tak ada pengalaman langsung! Aku belum kahwin okay. Tapi dalam hal ni, aku rasa pemikiran aku dah matang 100%. Percayalah. Selalu juga aku terfikir, kalau anak anak yang ada parent jenis sporting, jenis tak ambil kesah, apa lah nasib anak tu bila dah besar nanti. Well sekarang zaman teknologi kan, macam macam dah boleh jadi. Ada juga pernah dengar, mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi means, jadi ikutan parent diorang. Heloo what? Kalau dah macam tu, parent mestilah didik anak, ajar anak supaya tak jadi macam parent dia.
FIRST... Aku nak cakap pasal laman sosial FACEBOOK. Memang tak dinafikan budak sekolah rendah pun dah ada facebook. Bayangkan diorang berchatting dengan kawan lelaki bukan muhrim? Belum masuk bersayang sayangnya lagi, bersuka dukanya lagi. Eh heloooo. Spender pun mak belikan lagi dah nak bercintan cintun? Bila scroll sampai kebawah, bergedik gedih budak perempuan tu. Haaa yang tu pasal cintan cintun. Belum lagi hal gaduh dengan kawan sekolah, terus up status kat facebook. Alahai apa masalah budak budak sekarang ni?
sumber gambar: http://nurrcahaya.blogspot.com |
Nak lagi cerita boleh tengok sini: Hasil aku goooogle. Macam macam masalah http://xlupa.com/kisah-sosial-terlampau-budak-sekolah-rendah/
Haaaa lepas tu kannn. Uolss tahu laaa internet. Dengan adanya line internet yang mantap tip top apa apa saja boleh buat. Budak budak ni boleh je google apa diorang nak. Tak mustahil benda yang lucah pun diorang google. So kesimpulannya, aku nak menasihati mak mak, bapak bapak, bakal mak bapak, dan untuk aku juga, pantau lah aktiviti anak anda di internet. Pantau sebaik mungkin. Jangan terlalu sporting sangat dengan anak anak.
Aku bagi contoh aku: (bukan nak bangga diri or what. Aku pun ada buruknya juga): Masa sekolah rendah dulu aku nak keluar lepak even depan rumah sekalipun mak aku tak bagi. Seriously. That why, masa kat sekolah rendah dulu tak ada siapa yang nak kawan dengan aku. Kalau nak ke kantin, nak kemana mana sekali pun, aku jalan sorang sorang. Well siapa kisah kann. Alhamdulillah sampai sekarang akhlak aku okay okay je. Ermm
Nak senang cerita macam ni laa kan, melentur buluh biarlah dari rebungnya means didik anak dari kecil. Beri didikan agama yang paling penting. And last but not least, jangan bagi anak anak korang tu kesenangan macam beri smartphone, ipad. Jangan terlalu beri kemewahan sangat. Biar anak anak tu belajar kesusahan sikit. Kalau hidup nak senang je tak ada gunanya. Haa yang ni pun penting juga, tengok dan lihat dan lihat dengan siapa mereka berkawan. Nasihat anak jangan pilih kawan yang tak tentu arah yang bole memesongkan anak anak anda.
amaran: jangan cakap aku ni apa pulak. Tujuan aku tulis ni just nak share. Sharing is caring kannn. Assalamualaikum.
betul tu kaq..:)
ReplyDeletethanx for peringatannya..;)