Pantau Aktiviti Anak Anak Anda

Salam.

Diriku semakin lincah dan 'licik', semakin aktif nak update blog. Harap sampai bebila lah aku macam ni ya. Hahaha jangan aku macam biskut dah la ya. Sekejap ada sekejap tak ada. Tapi aku konfius, kenapa dikategorikan sebagai 'biskut'? Mohon pencerahan. Aummm.

Straight to the topik, malam ni memang aku nak membebel kaw kaw punya. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau nasi dah jadi bubur, erti penyesalan pun dah tak ada makna. Jom bertindak sekarang sebelum apa apa yang tak diingini berlaku. Nak kata aku ada pengalaman dalam hal anak anak memang tak ada pengalaman langsung! Aku belum kahwin okay. Tapi dalam hal ni, aku rasa pemikiran aku dah matang 100%. Percayalah. Selalu juga aku terfikir, kalau anak anak yang ada parent jenis sporting, jenis tak ambil kesah, apa lah nasib anak tu bila dah besar nanti. Well sekarang zaman teknologi kan, macam macam dah boleh jadi. Ada juga pernah dengar, mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi means, jadi ikutan parent diorang. Heloo what? Kalau dah macam tu, parent mestilah didik anak, ajar anak supaya tak jadi macam parent dia.


FIRST... Aku nak cakap pasal laman sosial FACEBOOK. Memang tak dinafikan budak sekolah rendah pun dah ada facebook. Bayangkan diorang berchatting dengan kawan lelaki bukan muhrim? Belum masuk bersayang sayangnya lagi, bersuka dukanya lagi. Eh heloooo. Spender pun mak belikan lagi dah nak bercintan cintun? Bila scroll sampai kebawah, bergedik gedih budak perempuan tu. Haaa yang tu pasal cintan cintun. Belum lagi hal gaduh dengan kawan sekolah, terus up status kat facebook. Alahai apa masalah budak budak sekarang ni?

sumber gambar: http://nurrcahaya.blogspot.com

Nak lagi cerita boleh tengok sini: Hasil aku goooogle. Macam macam masalah http://xlupa.com/kisah-sosial-terlampau-budak-sekolah-rendah/

Haaaa lepas tu kannn. Uolss tahu laaa internet. Dengan adanya line internet yang mantap tip top apa apa saja boleh buat. Budak budak ni boleh je google apa diorang nak. Tak mustahil benda yang lucah pun diorang google. So kesimpulannya, aku nak menasihati mak mak, bapak bapak, bakal mak bapak, dan untuk aku juga, pantau lah aktiviti anak anda di internet. Pantau sebaik mungkin. Jangan terlalu sporting sangat dengan anak anak.

Aku bagi contoh aku: (bukan nak bangga diri or what. Aku pun ada buruknya juga): Masa sekolah rendah dulu aku nak keluar lepak even depan rumah sekalipun mak aku tak bagi. Seriously. That why, masa kat sekolah rendah dulu tak ada siapa yang nak kawan dengan aku. Kalau nak ke kantin, nak kemana mana sekali pun, aku jalan sorang sorang. Well siapa kisah kann. Alhamdulillah sampai sekarang akhlak aku okay okay je. Ermm

Nak senang cerita macam ni laa kan, melentur buluh biarlah dari rebungnya means didik anak dari kecil. Beri didikan agama yang paling penting. And last but not least, jangan bagi anak anak korang tu kesenangan macam beri smartphone, ipad. Jangan terlalu beri kemewahan sangat. Biar anak anak tu belajar kesusahan sikit. Kalau hidup nak senang je tak ada gunanya. Haa yang ni pun penting juga, tengok dan lihat dan lihat dengan siapa mereka berkawan. Nasihat anak jangan pilih kawan yang tak tentu arah yang bole memesongkan anak anak anda.

amaran: jangan cakap aku ni apa pulak. Tujuan aku tulis ni just nak share. Sharing is caring kannn. Assalamualaikum.

Jangan Meremehkan Hal Yang Senang

Salam,

Sebagai seorang muslim, tak salah kalau kita saling mengingati antara satu sama lain dengan tujuan mengingatkan seseorang. Jangan terlalu katak dalam tempurung sangat lah ye sampai sesuatu perkara pun terlupa. Ok stop.
Just introduction to my post. Ololololo. Ni haaa nak ingatkan kaum hawa terutamanya, dan kaum lelaki. Kalau ada tahun lepas yang ponteng puasa dan memang tak leh puasa(khas utk perempuan sebab period), marilah kita ganti puasa. Puasa sunatt katenyaaaa. Ikut kalendar, lebih kurang 40 hari saja lagi nak bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kesyukuran.

Jangan lupa ya ganti puasa. Jangan menunda lagi kesempatan untuk berbuat baik. Maut tidak pernah menunda untuk menjemput. Selalu persiapkan diri setiap masa bahkan setiap detik yang ada, dalam penantian panggilan Allah yang pasti tiba.

JUST A NOTE TO MY MUSLIM's READERS. 
Semoga Allah Ta’ala mengampuni kelemahan kita dan menerima amalan soleh yang kita lakukan.

Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang?

Salam
Kemain panjang tajuk post. Nak bagi tajuk gempak tapi takpe lah. Lain kalilah. Haha Sebenarnya baru lepas tengok cerita Cinta Jangan Pergi. Ada orang call dia cakap, 'call lain tahun lah' .Aku dah gelak instead dia guna 'call lain kali' hahaha. Uolss dah boleh try tengok. Tengok tajuk lagi sekali. Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang? Ulang lagi! Cara Kurangkan Tekanan Lepas Kehilangan Org Tersayang?
      So this time, aku nak cakap based on experience okay sebab benda ni mmg terjadi kat aku. At first memang aku tak leh terima apa yang terjadi sebelum ni tapi lama kelamaan aku dah boleh terima. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Redha dan tawakal dengan apa yang terjadi. Tanggal 5.9.2011 aku dapat satu call dari adik arwah cakap arwah accident. That time mmg aku lemah gila. Bergegar lutut nak jatuh tapi aku kuat. Kawan kawan banyak tolong bagi semangat. Nak dipendekkan cerita dekat 4 hari arwah koma, 9.9.2011 arwah menghembuskan nafas yang terakhir selepas dibantu oleh mesin hayat. Dalam hati aku cakap, tak apa. Ini semua ujian Allah. Redha. Cukuplah sebulan aku bersama dia. Sebulan. Masa tu babak babak cinta mula disemai namun diuji dengan ujian Allah. Allah nak uji sekuat mana, setabah mana hambanya menghadapinya. 

Tu mukadimah post. saja nak bagi air mata aku bergelinangan. Uolss yang tak rasa mcm aku, mungkin cakap alaaaaa biasalah tu. but pada aku NO! So. this is true. 

1. Nangis sepuas mana yang anda mahu. 

Keluarkan semua airmata kau, keluarkan sehingga air mata berdarah sekalipun walaupun kau tahu airmata darah tu memang tak ada. so perkara ni aku buat. Memang tak semua tekanan ni akan kurang but at least 8% akan hilang. Percayalah. So this is therapy yang aku baca dekat buku motivasi. I forgot tajuk buku tu. Bila air mata tu habis semua keluar, jadinya dah tak boleh menangis. Menangis yang hanya semata mata akan memberi kesan kat otak kau dan seterusnya akan menambahkan tekanan. Nangislah puas puas!

2. Beli diary baru

Yahhhh! beli diary baru. I means whatever buku nota ape punn. dekat buku nota tu express all feeling. Tulis sebanyak mana yang korang mampu. Beli 10 batang pen barangkali. Jangan gelak! Jangan cakap idea ni mengarut. Seriously, idea ni memang berkesan. Terapi yang akan memberi kesan.

3. Minum air suam panas

Dah puas layan perasaan, jangan lupa jaga kesihatan juga. Minum air suam panas panas sikit. Try jangan tak try

4.Try to forget what happens

Lupakan semua kenangan. Semua. Buat buat macam tak ada apa yang berlaku. Buang semua kenangan! Buang dan lupakan. Agak agak kalau adda tiket wayang, sampul coklat yang dia bagi tu buang semua. Kalau boleh bakar dan abunnya buang kat parit berdekatan (gelak?) Lupakan! (entah yang berapa kali aku ulang, mohon korang lupakan)

**Okay dah tu je cara caranya. Mesti korang rasa mcm membazir 15minit kan baca benda ni. Tapi please percaya kat aku. Buat empat perkara tu dengan bersungguh sungguh. Insyaallah kurang sikit. Last but not least, Ingat Allah. Solat jangan tinggal. Walau ape pun terjadi ingat dekat Pencipta kita.

Bila jiwa dah tenang, apa yang kita buat semua jadi mudah dan diredhai. Insyaallah
kredit gambar: islamictesti

Kenapa Tak Dapat UPU?


Assalamualaikum.
Aku kembali dengan mood jiwa kacau dan macam ada nak suicide je ni. Rasanya entry yang ini dan yang ini dah boleh aku lupakan 50% rasanya. Dan selebihnya akan aku tumpukan ke form 6 atau kolej risda? Itu persoalan aku.


Antara form 6 dengan diploma mmg ada Pros and Cons dia. Tapi ikut kehendak kita lah nak yang mana. Tapi mcm aku ni aku tak tau nak g manaa? Okfine. Mmg susah nak buat decision dalam masa yang sama. Betul tak? kalau pilih itu, takut yang ini tak boleh pulak. Haaa mcm tu la sebaliknya. 

Form 6 atau diploma(Kolej risda) ? Masalah ni muncul kira kira 12.30 semalaman which is result UPU keluar dan aku patah hati. Patah hati+jiwa kacau selepas membaca ayat 'Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA dalam Permohonan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014' . Haaaa sentap maknoksssss tp dalam kesentapan tu sempat lagi aku ketawa bagai org gila. Huh? Itu dah lepas. yang menambahkan keresahan aku ialah Rayuan UPU hanya dibuka pada 24 Mei hingga 2 Jun sahaja. Keputusan rayua UPU 14 Jun. Daftar masuk 17 Jun. Kira kira sebulan je lagi kalau aku bebetul nak tunggu UPU. Kalau aku tunggu, and then dapat UPU tu tak apa lah jugak. Ini dibuatnya aku tak dapat, mampus aku membazir masa dekat berapa bulan.

      Haaa kekadang aku tension tau tak dengan UPU ni. Sebab? Sebab dia sistem komputer or computerize. So dia mcm tak boleh detect tau. Ada kawan aku 5A tapi tak dapat UPU. What the hell? Bapak aku cakap sebab sekarang ni saingan sengit, ramai dapat straight A, ramai yang dapat banyak A. So pihak atasan buat saringan lah. KOT? Bhahahhaa

Tu je kot sbb tak dapat UPU. Selainnya, yang tak dapat tu mungkin bukan rezeki dia nak dapat UPU. Ok dahh? berserah pada takdir. Ni haa masalah aku ni? Tolong boleh tak? Kalau masuk kolej Risda daftar masuk 4.6 ni. Kalau form 6, 21.6 ni. Em dilema nya

**Minta tolong senior senior utk bantu junior yang lemah ini utk membuat pilihan..


Imagination. Fiction

Imagination is more important than knowledge. Without imagination, your dream would not come true. so, let imagine; Let our dreams come true. *is trying to speaking*

Kamik mintak maaf ya sudah lama bha tak update blog nya. Kamik busy sekali, busy mengalahkan PM kita, si najib itu. Tau tau udah bulan mei. Bulan kelima dalam 2013. ya ya. Kamik suka, tak lama lagi kamik mau sambung study bha. *is trying to be sabahan*

Setalah hampir tiga minggu tak update blog, cara penulisan semua dah hancur lebur. Ditambah lagi, dah lama tak belajar BM. So, kalau agak agak ayat aku tunggang langgang, mohon maafkan aku. hihi. Perkara yang tak disengajakan. 
     Masa kecik dulu, memang selalu banyak berangan. First thing ialah akan berangan pasal nak jadi itu lah ini lah kannn. Tapi bila dah besar ni, cara pemikiran kita nak yang lagi besar. Ada faham? xD contohnya macam ni, Baru umur 18, tapi dah berangan macam orang umur 26. Haaaaa macam tu. Macam aku lah sekarang ni. Dah jadi lepasan sekolah, tak kerja, so bila kat rumah sesorang mulalah otak ni fikir macam macam. hihihi. Bila dah berangan tu haaa ambik ketawa melekek-lekek sesorang. Haha
first imagination:

1: teringin sangat bila dah kahwin nanti, dapat tidur dengan suami. Jalan jalan shopping dengan suami. Kan? alangkah bahagianya. first problem is, siapa bakal suami saya?

2:imagine me sambung belajar. memang sejak abang abang masuk U, rasa macam best pulak. Dengan campus life yang sepoi sepoi je. Campus life dengan school life ni berbeza kann? kalau kat sekolah ni kena ikut masa buat itu ini. Kalau kat U, lain kan? Omg. Bila ni UPU nak keluar? nak masuk U. Insyaallah
Korang doakanlah aku eh dapat masuk UPM, hihi nak terbang ke Sarawak ookeyyy lepas ni

3: yang ketiga rasanya dah tak ada apa dah. Sebab aku tengah mati kutu tak tau nak tulis apa. Seriesly entry ni dah terperap je dalam draf. idea tak masuk. korang bagilah aku idea mcm mana nak dapatkan idea biar masuk dalam otak ni. Ayat dah macam apa dah ni. Help me help me

**Tajuk post nak gah je, tapi hasilnya macam taik. HELP ME!